Sabtu, 24 Oktober 2009

MUQADDIMAH

Buat pengenalan, saya ingin memperkenalkan jabatan Bahasa Arab di Universiti Al Azhar. Pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi jurusan Bahasa Arab adalah sama seperti jurusan Ususluddin dan Syariah Islamiyah iaitu empat tahun. Setiap tahun pengajian terbahagi kepada 2 semester dimana semester pertama iaitu semasa musim sejuk bermula dari Sabtu ketiga dalam bulan September hinggalah tamat peperiksaan sekitar bulan Januari. Kuliah bermula dari bulan September hingga awal Disember. Manakala peperiksaan bermula pada pertengahan Disember hingga pertengahan Januari. Semester kedua pula bermula pada akhir Februari hingga awal Mei. Peperiksaan semester kedua bermula pada pertengahan bulan Mei dengan ujian syafawi / lisan. Peperiksaan takhaluf* biasanya akan dilaksanakan sebelum ujian syafawi.

Silibus pengajian Jabatan Bahasa Arab adalah seperti berikut :

Subjek Tahun Satu

Fasal / Semester Satu :
 'Ilmu Lughah
Qa'ah Bahas Adabi
Sorof
'Arudh wal Qafiyah
Fannu Kitabatul Maqal
Bahasa Inggeris

Fasal / Semester Dua :
Al Quran
Nahu
Balaghah
Tarikh Adab 'Asrul Jahili
'Ilmu Aswat wattajwid
Nusus Al Adabiah fi 'Asril Jahili
Tafsir
Fiqhul Ibadah


Subjek Tahun Dua

Fasal / Semester Satu :
Ma'ajim Al Lughawiyah
Tarikh Adab 'Asrul Islam
Fiqhul Mu'amalat
Bahasa Inggeris

Fasal / Semester Dua :
Al Quran
Qa'ah Bahas Usul Lughah
Nahu
Balaghah
Sorof
Nusus Adabiyah
Auzan Assyi'ri wa Musiqahu
Tarikh 'Alam
Tafsir


Subjek Tahun Tiga

Fasal / Semester Satu :
Tarikh Adab 'Asrul Abbasi
Tarikh Andalus
Qa'ah Bahas Balaghi
Nusus Adabiyah fi 'Asril Abbasi
Lahjah wal Qiraat
 
Fasal / Semester Dua :
Al Quran
Nahu
Balaghah
Sorof
Adab Muqaran
Naqod Adabi
Hadith
Fiqhul Usrah wal Mirath
Bahasa Inggeris


Subjek Tahun Empat

Fasal / Semester Satu :
Qa'ah Bahas
Tarikh Adab
Naqod
'Ilmu Dilalah
Hadith
Usul Fiqh


Fasal / Semester Dua :
Al Quran
Fiqhul Lughah
Adab Islami
Nahu
Balaghah
Sorof
Nusus
Bahasa Inggeris

Subjek yang melibatkan ujian syafawi dan juga tahriri (bertulis) ialah Al Quran, Nahu dan Balaghah.

Walaupun subjek yang diajar adalah sama bagi Jabatan Bahasa Arab di setiap cawangan Al Azhar, namun buku yang digunakan adalah berbeza. Ini kerana buku ditulis oleh pensyarah yang berbeza dan isi setiap buku juga adalah berbeza. Buku tahun-tahun yang lepas belum tentu lagi akan digunakan pada masa sekarang. Dan kebiasaannya buku akan tiba pada pelajar sekitar pertengahan semester.

Suatu yang agak sukar kerana di sini pembelian buku adalah tidak tertumpu pada satu tempat sahaja. Memang sukar segala urusan di kuliah. Mahu membayar yuran juga agak susah. Bagi mahasiswa yang baru, pengalaman-pengalaman ini adalah suatu yang menjadi kejutan pastinya. Saya pernah bercerita tentang simbolik makna yang terkandung dalam ejaan Mesir dalam Bahasa Arab. klik sini. Hanya ketabahan hati dan kecekalan jiwa yang akan membuatkan seseorang itu tetap teguh dalam menghadapi ujian-ujian Allah sepanjang permusafiran di bumi Anibya' ini.

Semoga setiap yang datang ke Mesir akan menemui apa yang ingin dicari. Samada ilmu, sijil, kejayaan, nama, pengalaman mahupun apa saja.

Selamat studi.




*takhaluf : mata pelajaran tahun sebelum yang dibawa ke tahun semasa. hanya dibenarkan membawa 1 atau 2 subjek sahaja. contoh : pelajar tahun 1 yang gagal 1 atau 2 subjek dapat naik ke tahun 2 dengan turut membawa subjek yang gagal tersebut. subjek inilah yang dipanggil takhaluf. soalan peperiksaan untuk subjek takhaluf ini adalah berbeza untuk soalan pelajar biasa.

Sabtu, 17 Oktober 2009

BISMILLAH

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui, saya mulakan usaha saya ini untuk cuba menterjemahkan segala apa yang saya pelajari dari dewan kuliah untuk dikongsi bersama mereka yang ingin tahu. Mudah-mudahan ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada saya dan juga orang lain.

Antara sebab yang mendorong saya untuk melahirkan blog ini ialah :
  1. Suatu cara untuk cuba mengeluarkan apa yang saya pelajari dan fahami dari kuliah dan pembacaan. Ingatan akan lebih kuat sekiranya setiap apa yang masuk ke otak kita keluarkan dalam bentuk semula. (macam kita buat nota jugak la)
  2. Sebagai catatan atau simpanan yang boleh dirujuk semula bila hampir dengan peperiksaaan atau untuk masa depan.
  3. Untuk berkongsi dengan mereka yang ingin tahu.
Saya harap usaha ini akan dibantu dan dimudahkan oleh Allah s.w.t. Doakan semoga saya terus diberi kekuatan untuk berkongsi di sini.

Salam Studi.